Friday 25 October 2013

Surah Al-Kahfi : Kelebihan Membacanya di hari Jumaat




Bismillah..malam ni malam Jumaat. Antara ibadah yang digalakkan kita lakukan adalah membaca Surah Al-Kahfi.

Surah Al-Kahfi adalah surah Al-Makkiyah, surah yang ke 18 (Juzu' 15) dalam Al-Quran dan mengandungi 110 ayat.

Antara hadits yang telah menceritakan kelebihan surah ini:

"Seorang lelaki sedang membaca Surah Al-Kahfi, di sisinya seekor kuda yang terikat dengan dua tali, maka awanpun datang menyelubungi, mendekat dan menghampiri, sehingga kuda lari terkejut, manakala dipagi hari beliau mendatangi Nabi SAW, dan menceritakan kejadian tersebut, maka bersabda Nabi : Itu adalah ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al-Qur`an" (H.R Bukhari, kitab Fadha`il Al-Qur`an, bab Fadhli Al-Kahfi, halaman : 898)

Rasulullah bersabda: "Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, Maka Allah akan meneranginya dengan cahaya dari Jum`at yang dia baca kepada Jum`at yang berikutnya" (H.R Baihaqi)

JOM..Sama-sama kita membaca Surah Al-Kahfi setiap hari Jumaat. Niatkan kerana Allah Ta'ala. Mudah-mudahan Allah menerima ibadah kita :)

No comments:

Post a Comment